Tuesday 27 December 2011

Bahagian-bahagian waqaf.

Assalamualaikum, semoga pembaca berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T. ^__^



"Sebaik-baik manusia adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain." 
(Hadith riwayat Imam Bukhari r.h, Sahih Bukhari dari Uthman Bin Affan r.a)




Bahagian-bahagian Waqaf

Waqaf terbahagi kepada empat :

  1. Ikhtiarii
  2. Idh-tirorii
  3. Intizhorii
  4. Ikhtibarii

(i) Ikhtiarii

  • Waqaf Ikhtiarii ertinya ialah waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca Al-Quran tanpa sebarang sebab yang tertentu.
  • Hukumnya adalah harus waqaf pada mana-mana tempat yang dibolehkan dalam kaedah waqaf.
  • Contoh :

Pembaca harus memilih untuk waqaf pada "Al-Alamin" kerana ayat yang dibaca telah sempurna lafaz dan maknanya





(ii)Idh-tirorii

  • Waqaf Idh-tirorii ertinya ialah waqaf terpaksa yang dilakukan oleh pembaca Al-Quran kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.
  • Hukumnya ialah harus berhenti iaitu dengan memilih kalimah-kalimah yang tertentu untuk diwaqafkan, kemudian menyambung semula bacaan dengan menjaga Ibtida' (Memulakan bacaan) dengan betul.
  • Maksud menjaga Ibtida' dengan betul ialah :
     (1) Dimulakan bacaan selepas terhenti pada kalimah-kalimah yang sebelumnya jika maknanya berkaitan.

(2) Terus sahaja dimulakan pada kalimah yang selepasnya jika maknanya tidak berkaitan.

  • Contoh :

Jika anda waqaf pada kalimah "Wa' buduu" kerana terbersin atau sebagainya. Menyambung semula bacaan anda pada  "Yaa'ayyuhallazi" dengan Ibtida' yang betul.


(iii) Intizhorii

  • Waqaf Intizhorii ertinya waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca Al-Quran kerana membaca dengan cara Qira'at yang lain daripada Qira'at yang diterima.
  • Hukumnya adalah harus iaitu harus waqaf pada tempat yang dibolehkan dalam kaedah waqaf.
  • Contohnya : Seseorang membaca secara berulang-ulang ditempat waqaf yang sama pada sesuatu ayat kerana dia mahu membaca dengan beberapa Qira'at.

Contohnya dalam ayat ini. Pembaca waqaf pada kalimah "As-solah". Dia memulakan bacaan dia semula dengan kalimah "Allazina" dan waqaf pada "As-solah" juga tapi kali ini dia mengulangi bacaan dengan Qira'at yang berbeza.

Info tambahan :

Qira'at bermaksud suatu kaedah pembacaan huruf-huruf kalimah dan ayat mengikut imam-imam tertentu. Didalam ilmu Qira'at ada sepuluh orang imam terkenal dan bagi setiap imam ada dua orang perawi yang meriwayatkan bacaan mereka.


(iv)Ikhtibarii

  • Waqaf Ikhtibarii ialah waqaf pengetahuan atau makluman yang dilakukan oleh pembaca Al-Quran. Tujuannya untuk menerangkan sesuatu hukum pada kalimah tersebut atau bagaimana cara untuk membunyikan bacaan tersebut.
  • Hukumnya harus iaitu harus waqaf pada tempat yang dibolehkan dalam waqaf.
  • Contoh : Seorang guru membaca ayat dalam surah Al-Insyirah :

Guru tersebut waqaf pada kalimah "Nasyroh" kerana mahu menyoal muridnya tentang hukum makhraj "ha".


Sampai disini sahajalah perkongsian saya, mungkin pada lain masa saya akan berkongsi ilmu tajwid yang lain. InsyaAllah. Pesanan saya, ini sekadar rujukan sahaja, seeloknya bertalaqqi dan bertasmidlah dengan guru yang diiktiraf.

"Dan bacalah Al-Quran itu dengan dengan tertil."
[Al-Muzzamil (73 : 4)]

Wallahu'alam~Wassalamualaikum~


Rujukan :

(1) Tajwid Darjah Enam Sekolah Agama Kerajaan Johor