Sunday 29 January 2012

Makhraj Huruf

 Assalamualaikum, semoga pembaca berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T. ^__^


Baiklah, setelah sekian lama. Entri kali ini saya mahu kongsikan tentang makhraj huruf. Ini sangat penting kerana ia melibatkan sebutan huruf. Jika kita tidak tahu makhraj huruf, maka amatlah sukar untuk kita membezakan huruf-huruf yang hampir nak sama sebutannya.




Pengenalan.

Makhraj bermaksud cara sebutan, tempat keluar huruf yakni cara sebutan huruf. Makhraj adalah kata jama' yang berasal daripada mufrad yang bermaksud keluar. Ulama' tajwid bersepakat bahawa mereka telah menetapkan 29 huruf di dalam Al-Quran iaitu huruf-huruf Hijahiyyah.

Satu huruf lagi ialah hamzah. Sebutan atau makhraj huruf ini perlu ditasmid. Tidak boleh hanya bergantung kepada ejaan yang tertera di atas. Gambar diambil dari Google Image.


Setiap huruf mempunyai makhrajnya yang tersendiri. Jika makhraj di antara dua atau tiga huruf itu sama, tidaklah para Ulama' tajwid menetapkan dua atau tiga huruf dalam komponen Hijahiyyah, lebih baik letak satu sahaja. Disebabkan berbeza makhrajlah, huruf-huruf tersebut ada. 


Jenis-jenis makhraj.

Makhraj terbahagi kepada lima iaitu :


  • Al-Jauf
  • Al-Halq
  • Al-Lisan
  • Asy-Syafatain
  • Al-Khaysyum

Setiap makhraj di atas mempunyai sub-makhrajnya yang akan diterangkan sebentar lagi. Nama-nama makhrajnya tidak perlu ingat pun tidak mengapa yang penting kita tahu bagaimana mahu menyebut sesuatu huruf tersebut dengan betul dan mengikut makhraj. Tetapi jika ingat nama-nama makhraj ini lebih baik. InsyaAllah.


Al-Jauf.

Makhraj ini terletak pada rongga kerongkong hingga rongga mulut. Makhraj yang keluar daripada bahagian ini ialah 'Alif', 'Wau', 'Ya' yang berbaris sukun(mati).

Alif sukun

Wau sukun

Ya sukun

Al-Halq.

Halq yang bermaksud halqum. Jadi makhrajnya terlateka di sekitar halqum kita. Huruf pada makhraj ini sama dengan huruf pada hukum Izhar Halqi iaitu mempunyai 6 huruf kesemuanya iaitu 'Ha', 'Kho', 'Ain', 'Ghain', 'Ha'', dan 'Hamzah'Makhraj Al-Halq terbahagi kepada tiga makhraj pula iaitu pangkal halqum, tengah halqum, dan hujung halqum.





Pangkal halqum.

Lagi satu huruf ialah 'Hamzah'.

Tengah Halqum



Hujung Halqum

Al-Lisan.

Lisan bermaksud lidah. Sebutannya yang melibatkan lidah kesemuanya. Setiap huruf mempunyai keududukan lidah dan pergerakan lidah yang berbeza. Al-Lisan mengandungi 10 makhraj. Huruf-hurufnya mengandungi 18 huruf.

Pangkal lidah.

Pangkal daun lidah diangkat ke lelangit.

Mengeraskan daun lidah ke lelangit


Hujung daun lidah


cara menyebutnya ialah dengan mengangkat hujung daun lidah ke hadapan lelangit dan sebahagian tepi lidah dibawa ke tepi yakni kanan atau kiri. Seriously its hard. But practice make better. InsyaAllah.

Hujung lidah

Hujung lidah diangkat ke lelangit yang keras.

Hujung lidah diletak ke gusi yang atas.



As-Syafatain

Makhraj ini melibatkan bibir. Makhraj hurufnya disebut dengan bibir tanpa melibatkan lidah. Huruf yang kena pada makhraj ini ialah 'Ba', 'Fa', 'Mim' dan 'Wau'

Bibir bawah di angkat dan menyentuh ke hujung gigi atas.
Dua huruf dibawah di sebut dengan merapatkan bibir atas dan bawah.


Memuncungkan bibir
Disebut dengan memuncungkan bibir.


Al-Khaisyum

Makhraj ini digunakan khas untuk dengung. Hanya mempunyai satu jenis sub-makhraj sahaja iaitu dengung yang terdapat pada hukum nun mati, mim mati, tanwin, dan wajibul ghunnah.




Peringatan saya. Pembelajaran hukum tajwid ini tidak boleh dilihat pada teori sahaja. Ia memerlukan praktikal untuk menguasainya. Bertasmid dan bertalaqqilah dengan mana-mana ustaz yang diiktiraf. InsyaAllah.

Ini sahajalah untuk entri kali ini. Next time we will learn something new. Insya-Allah.

Wallahu'alam~Wassalamualaikum~

Sunday 15 January 2012

Kesalahan-kesalahan tajwid yang sering dilakukan di dalam Al-Fatihah.

Assalamualaikum, semoga pembaca berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T. ^__^

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kesalahan-kesalahan bacaan dalam Al-Fatihah oleh pembaca Al-Quran. Seringkali saya mendengar bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Imam terdapat kesalahan-kesalahan khusus yang tidak disedari. Terutama sekali Imam dalam kalangan mahasiswa. Dalam kitab Munyatul Musolli ada mengatakan bahawa hukum-hukum tajwid di dalam Al-Fatihah perlu dijaga untuk mendapatkan solat yang sah. Jika Al-Fatihah tidak dijaga dengan baik, maka solat kita tidak sah.


Biasalah, masyarakat kita sekarang, time bulan Ramadhan barulah mahu buka Al-Quran. Habis Ramadhan, habis macam itu sahajalah. Pembacaan Al-Quran ini memerlukan latihan iaitu dengan membacanya hari-hari supaya lidah kita ini mudah untuk menyebut aya-ayat suci tersebut. Sesetengah mahasiswa yang belajar dengan saya sukar mahu menyebut huruf-huruf atau hukum-hukum tertentu. Saya berpendapat jika kurangnya amal dalam pembacaan Al-Quran, maka amatlah sukar untuk menyebutnya.

Allah juga telah berfirman mengenai hal ini :

"Dan bacalah Al-Quran itu dengan tertil." 
[Al-Muzzamil (73 : 4)]






Ayat pertama

Sudah saya bicarakan dalam entri sebelum ini bahawa berlaku khilaf dalam kalangan Ulama' Tajwid dan Ulama' Feqah berkenaan ayat pertama dalam surah Al-Fatihah ini. Tetapi mengikut Mazhab Syafi'ie, ayat yang pertama ialah Bismillahirrahmanirrahim menjadi kewajipan dalam solat.

Baiklah, dalam ayat yang pertama ini kesalahan pertama yang dilakukan ialah pada huruf 'Ba' yang berbaris Kasrah (bawah). Disebabkan kita ini lidah melayu, jadi kebanyakan akan menyebut 'Bes' bukan 'Bis'. Bunyi yang sebetulnya adalah 'Bis'.

Kesalahan yang kedua ialah pada kalimah 'Bismi'. Kebanyakan akan ter'Qalqalah' pada kalimah tersebut sehingga bunyinya jadi seperti 'Bisemi'. Sebutan yang yang sebetulnya adalah 'Bismi'. 


 
Kesalahan yang seterusnya adalah pada kalimah Lam Jalalah iaitu Allah. Huruf 'Ha'' pada kalimah Allah itu perlu disebut dengan betul. Jangan samakan huruf 'Ha' itu dengan 'Ha' yang satu lagi iaitu 'Ha' yang tajam itu. Pastikan ia berbunyi 'Hi' bukannya 'Hey'. Kebanyakan kita tidak aware dalam hukum bacaan di sini.



Bezakan sebutan dua huruf di atas!


Kesalahan yang seterusnya ialah pada kalimah 'Ar-Rahman'. Pastikan huruf 'Ro' pada kalimah itu diberikan hak tasydid (sabdu)Jangan sebut macam mahu tidak mahu sahaja. Pastikan ia ber taqrir iaitu lidah bergetar pada kalimah 'Ro' itu. Tetapi janganlah terlalu ber taqrir sehingga jadi 'Arrrr-rahman'. Suka saya kongsikan di sini bahawa huruf ber tasydid itu pada asalnya mempunyai 2 huruf. Bagi huruf 'Ro' dalam kalimah 'Ar-Rahman' ini pada asalanya 'Ro' yang berbaris sukun (mati) dan 'Ro' yang berbaris fathah (atas). Jika anda lihat 'Alif' kecil pada kalimah itu yang berhukum 2 harakat panjang pada asalanya adalah huruf 'Alif' yang disambung pada huruf 'Mim'. Saidina Uthman R.A meringkaskan penulisan Al-Quran dengan meletakkan huruf 'Alif' kecil tersebut menggantikan huruf 'Alif' yang disambung dengan 'Mim'.


Kesalahan yang seterusnya adalah pada kalimah 'Ar-Rahim'. Seperti dalam sebutan dalam kalimah 'Ar-Rahman' tadi, pastikan huruf 'Ro' itu diberikan hak tasydid dan ber taqrir. Sebutan 'Ha' itu juga perlu dijaga seperti yang saya sebutkan tadi dalam kalimah 'Allah'. Dan pastikan juga ia berbunyi 'Him' bukannya 'Hem'.


Ayat kedua

Kesalahan pertama dalam ayat kedua ini ialah pada kalimah 'Ali Lam' itu. Kebanyakan kita akan ter Qalqalah pada sehingga berbunyi 'Al-Le-Hamdu'. Bunyi yang sebetulnya adalah 'Alhamdu'. Seperti kalimah 'Allah' yang saya terangkan di atas, pastikan huruf 'Ha' pada kalimah 'Alhamdu' ini disebut dengan betul. Bezakan di antara dua 'Ha' tersebut. Sebutan 'Dal' yang berbaris Dhommah (hadapan) itu juga perlu dijaga. Pastikan ia berbunyi 'Du' bukannya 'Do'.

Ok, pada kalimah 'Allah' ini juga telah saya terangkan dalam ayat pertama di atas tadi. Pasti 'Ha' itu dijaga sebutannya dan dibezakan dengan 'Ha' yang satu lagi.

Pada kalimah ini perlu dijaga huruf 'Ba' tersebut. Pastikan 'Ba' diberikan hak tasydid. Pastikan ia berbunyi 'Robbi' bukannya 'Robi'. Jika kita sebut 'Robi' maknanya kita telah gugurkan satu huruf yang pada asalnya huruf ber tasydid ini mempunyai dua huruf. Dan solat kita akan menjadi tidak sah.

Pada kalimah ini kesalahan yang sering dilakukan ialah pada kalimah 'Alif Lam'. Kesalahannya ialah kita ter Qalqalaha pada kalimah itu sehingga berbunyi 'Al-Le'. Sepatutnya ia berbunyi 'Al'. Kesalahan yang lain ialah pada huruf 'Ain' tersebut kebanyakan kita akan tertukar dengan huruf 'Alif'' sehingga 'Alif' dibunyikan di situ. Pastikan 'Ain' yang disebut bukannya 'Alif'. Pastikan juga kalimah 'Min' pada akhir ayat itu disebut dengan betul iaitu 'Min' bukannya 'Men'.

Ayat ketiga

Dalam kalimah ini kesalahan yang dilakukan ialah pada huruf 'Kaf' yang bebaris kasrah. Pastikan ia berbunyi 'Ki' bukannya 'Ke'.


Pada kalimah ini kesalah yang dilakukan ialah pada huruf 'Ya' yang berbaris fathah bertemu dengan huruf 'Wau' yang berbaris sukun. Sebutan yang sebetulnya adalah 'Yauu' bukannya 'You'. Dan pastikan juga huruf 'Mim' yang berbaris kasrah itu disebut 'Mi' bukannya 'Me'.


Pada kalimah ini perlu dijaga tasydid pada huruf 'Dal' itu. Pastikan ia ditekan dengan berbunyi 'Addin' bukannya 'Adin' ataupun 'Aden' ataupun 'Adden'.

Ayat keempat

Pada kalimah ini pastikan ia huruf 'Alif' yang berbaris kasrah itu disebut 'Iy' bukannya 'Ey'. Perlu diberikan hak tasydid pada huruf 'Ya' itu dengan berbunyi 'Iyya' bukannya 'Iya' ataupun 'Eyya'. Huruf 'Kaf' yang berbaris fathah itu juga perlu dibunyikan 'Ka' bukannya 'Ko'


Pada kalimah ini perlu di dijaga huruf 'Ain' yang berbaris sukun itu. Pastikan di sukun dengan 'Ain' bukannya 'Hamzah'. Huruf 'Dal' yang berbaris Dhommah perlu disebut 'Du' bukannya 'Do'. Huruf 'Ya' itu perlu diberikan hak tasydid. 


Pada kalimah ini perlu dijaga huruf 'Ain' juga. Jangan tertukar dengan 'Hamzah'. 


Ayat keenam

Seperti yang saya sebutkan tadi pada kalimah 'Allah' dalam ayat pertama di atas, bezakan huruf 'Ha'. Dan pastikan juga ia disebut 'Ih' bukannya 'Eh'. Huruf 'Alif' sebelum 'Ha' itu dipanggil 'Alif' yang ber'Hamzah' wasal. Apabila menemui huruf ini lihat pada huruf ketiganya. Jika kita lihat pada kalimah di atas, huruf 'Dal' bebaris kasrah, maka huruf 'Alif' itu akan berbaris kasrah. Jika huruf ketiganya berbaris fathah maka 'Alif' itu akan berbaris kasrah. Jika huruf ketiganya berbaris Dhommah maka huruf 'Alif' itu akan berbaris Dhommah. Kecuali kalimah 'Ali Lam' yang tidak kira berbaris apa sekalipun huruf ketiga, ia akan berbaris fathah.

Huruf 'Sod' pada kalimah perlu dijaga disebut dengan makhraj yang betul. Jangan samakan 'Sod' dengan 'Sin'. Pastikan juga huruf 'To' pada kalimah ini disebut 'To' bukannya 'Ta'.

Sin
Sod
Bezakan dua huruf di atas!


Pada kalimah ini pastikan kalimah 'Mim' yang berbaris Dhommah bertemu dengan huruf 'Sin' yang berbaris sukun disebut 'Mus' bukannya 'Mos'. Pastikan juga huruf 'Qof' itu jangan disamakan makhraj dengan huruf 'Kaf'. Huruf 'Qof' itu juga jangan disebut terlalu tebal kerana dikhuatiri sebutannya lari, tidak pula terlalu nipis sehingga menyerupai sebutan 'Kaf'. Pastikan juga ia berbunyi 'Qim' bukannya 'Qem' ataupun 'Kim'.


Ayat ketujuh.

Pada kalimah ini perlu berhati pada huruf 'Sod'. Jangan tertukar dengan huruf 'Sin'. Pastikan juga huruf 'To' disebut 'To' bukannya 'Ta'. Huruf 'Ro' itu juga pastikan disebut 'Ro' bukannya 'Ra'.


Pada kalimah ini, huruf 'Lam' perlu diberikan hak tasydid. Pastikan juga huruf 'Dzal' itu disebut 'Dzi' bukannya 'Zi'. Bezakan huruf 'Dzal' dengan 'Zay'. Sebutan 'Dzal' berlaku apabila kedudukan lidah berada di antara gigi atas dan bawah.

Zay
Dzal

Bezakan dua huruf di atas!


Pada kalimah ini pastikan sebutan huruf 'Alif' itu jangan ditukar dengan 'Ain'. Dan pastikan juga jangan Qalqalah pada huruf 'Alif' bertemu dengan 'Nun' sehingga berbunyi 'Ane'. Sepatutnya ia berbunyi 'An'. Kesalahan di sini adalah yang terbanyak orang lakukan.


Seperti yang saya sebutkan di atas, bezakan dua huruf 'Ha' itu. Apabila huruf 'Ha' yang berbaris kasrah bertemu dengan huruf 'Mim' yang berbaris sukun pastikan ia berbunyi 'Him' bukannya 'Hem'. Berhati-hati juga apabila huruf 'Mim' yang bebaris fathah bertemu dengan huruf 'Ghain' yang berbaris sukun jangan di qalqalah sehingga berbunyi 'Maghe'. Sepatutnya ia berbunyi 'Magh' bukannya 'Maghe.


Pada kalimah perlu dijaga tasydid pada huruf 'Dhod' dan makhraj pada huruf 'Dhod' itu juga perlu dijaga. Imam tajwid berkata bahawa sebutan huruf 'Dhod' ini yang paling payah mahu dijaga makhrajnya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku adalah orang yang paling fasih menyebut huruf 'Dhod'" Berdasarkan hadith ini bukanlah kita mahu disebut huruf 'Dhod' itu serupa dengan Rasulullah S.A.W. Sebutan Rasulullah S.A.W itu adalah yang paling sempurna. Sebutan huruf 'Dhod' ini ada tahap paling minimumnya yang tidak lari dari makhraj.

Perlu dijaga harakat sebanyak enam harakat. Huruf 'Lam' yang ber tasydid itu perlu diberikan haknya. Pastikan ia disebut 'Dhoooooollin' bukannya 'Dhoooooolin'.


Kesalahan-kesalahan lain.

Waqaf (berhenti) dan Ibtida' (memulakan ayat)

Kesalahan-kesalahan yang lain yang sering dilakukan oleh pembaca Al-Quran ialah tidak menjaga waqaf dan ibtida'. Pastikan ia dijaga dengan baik supaya tidak merosakkan makna dan lafaz. Waqaf pada tempat yang betul, ibtida' pada tempat yang betul. Kita lihat contoh dalam ayat dalam bahasa melayu yang berbunyi "Saya pakai baju ke sekolah". Jika Ibtida' dan waqaf tidak dijaga sebagai contoh "Saya pakai". Waqaf telah betul, ayat "Saya pakai" itu memang umum. Tiada kesalahan makna. Tetapi apabila kita Ibtida' dengan "Baju ke sekolah".
Nampak tidak? Mana ada "Baju ke sekolah". Anda pernah lihat baju pergi ke sekolah? Begitu juga dengan ayat Al-Quran, perlu dijaga waqaf  dan ibtida'.


Saktah.

Suka saya kongsikan di sini bahawa di dalam Al-Fatihah tiada saktah. Saktah cuma ada empat sahaja di dalam Al-Quran. Tanda-tanda saktah adalah sepeti berikut :
Terdapat huruf 'Sin' kecil di atas itu.

Di dalam Al-Fatihah tiada saktah. Jadi setiap Waqaf kita harus mengambil nafas baru untuk ibtida'. 


Ini sahajalah untuk kali ini. Semoga kita semua dapat amalkan dan sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Semoga bermanfaat. Insya-Allah.

Wallahu'alam~Wassalamualaikum~