Salah satu peristiwa penting sepanjang sejarah Tamadun Rom adalah peristiwa pembunuhan Julius Caesar (100 BC - 44 BC). Pada waktu itu, Rom mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diperintah oleh badan Senat dan Konsul. Maka ia tidak dipanggil sebagai Empayar Rom tetapi Republik Rom. Dalam kalangan Senator, terdapat dua blok yang mempunyai idea berbeza. Pertamanya blok 'optimates', iaitu sekumpulan besar Senator yang memerintah berbentuk oligarki. Keduanya adalah blok 'popularis' yang lebih mesra rakyat. Kebiasaannya, Senator terdiri daripada aristokrat dan orang yang berpengaruh.
Julius Caesar |
Julius Caesar bukanlah berasal daripada keluarga aristokrat. Beliau mula mendapat pengaruh pada waktu kejayaannya dalam ketenteraan. Terdapat beberapa jasa besar yang dilakukan oleh Caesar yang menaikkan prestij dan kekayaan Rom seperti penaklukan ke atas Gaul dan menghapuskan pemberontakan. Dalam politik, Caesar sangat mesra rakyat. Memberikan bantuan kepada orang miskin dan rakyat yang dipinggirkan. Beliau telah melakukan penambah baikkan ke atas bangunan-bangunan serta memberikan pekerjaan kepada penganggur. Caesar berada dalam blok 'popularis' dan seorang reformer.
Kejatuhan Monarki Rom
Sebelum Rom bertukar menjadi Republik, ia berada di bawah pemerintahan berbentuk Monarki. Seramai tujuh orang raja yang memerintah Rom sebelum itu bermula daripada Raja Romulus (771 BC - 716 BC). Nama 'Rom' itu sendiri pun diterbitkan daripada nama Romulus sendiri. Sistem pemerintahan monarki ini tidak bersifat warisan. Apabila raja mati, kuasa tertinggi akan berpindah ke badan Senat. Pada masa itu, badan Senat akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pemangku raja sementara untuk mencari calon raja yang seterusnya selama lima hari. Pencalonan tersebut tentulah di bawah persetujuan badan Senat juga. Selepas lima hari, kuasa pemangku raja itu akan dipindahkan kepada Senator yang lain dan diberikan tugasan yang sama. Proses ini akan berterusan sehinggalah pada waktu pemilihan raja yang baru.
Romulus |
Setelah calon diemui, calon tersebut akan dihadapkan ke badan Senat dan memberikan ulasan. Sekiranya calon tersebut mendapat pelepasan daripada Senat, pemangku raja akan mempengerusikan Dewan Curiate ketika waktu pemilihan raja. Setelah calon diusulkan dalam Dewan tersebut, rakyat Rom berhak memilih ataupun menolak calon raja. Sekiranya diterima, raja akan menjalan dua upacara sebelum mendapat autoriti dan kuasa penuh.
Raja terakhir adalah Lucius Tarquinius Superbus (? - 495 BC) yang memerintah secara zalim. Akhirnya ditumbangkan oleh pemberontakan seorang Konsul, Lucius Junius Brutus (? - 509 BC). Brutus tidak merampas kuasa setelah menumbangkan Tarquinius, tetapi mengetuai rakyat untuk bersumpah supaya tidak akan membiarkan raja yang mempunyai kuasa mutlak memerintah negara. Akhirnya, Republik Rom dibangunkan.
'The Liberator'
Kebetulan, Brutus yang menumbangkan sistem monarki dahulu mempunyai hubungan jalur yang panjang dengan orang yang mengetuai pemberontakan ke atas Caesar, iaitu Marcus Junius Brutus (85 BC - 42 BC). Atas kegemilangan yang dibawa oleh Caesar, beliau menerima pelbagai penghormatan daripada sebahagian Senator. Tugu-tugunya dibangunkan. Bulan 'July' diletakkan bersempena namanya sendiri. Seterusnya, Caesar juga mendapat jawatan sebagai Konsul. Konsul merupakan badan tertinggi selepas Senat dan dipegang oleh dua orang dalam suatu tempoh pemerintahan. Kuasa 'Dictator for Life' , kuasa penuh yang diberikan untuk sementara waktu pada waktu-waktu kecemasan, pernah diberikan kepada Caesar beberapa kali.
Bagi sebahagian Senator, mereka melihat keadaan ini menggusarkan mereka. Dibimbangi Rom akan hancur sebagai Republik dan monarki dikembalikan. 'The Liberator' ditubuhkan sebagai gerakan pemberontakan untuk membunuh Caesar yang diketuai oleh Brutus bersama dengan Gaius Cassius Longinus (85 BC - 42 BC)
Pada 15 Mac 44 BC, Caesar sedang buat persiapan untuk menghapuskan pemberontakan di Asia Kecil. Pada waktu ini, beliau dikelilingi oleh 60 orang Senator yang mahu membunuhnya. Akhirnya, Caesar dibunuh sebnyak 23 tikaman. Selepas dua hari pembunuhan tersebut, Marc Antony (83 BC - 30 BC), memanggil badan Senat berkenaan hal tersebut. Pembunuhan Caesar dihalalkan atas nama kezaliman Caesar di mana ia sah di sisi undang-undang
Ides or March |
Kehancuran Republik
Objektif para konspirator untuk mengekalkan Republik dengan membunuh Caesar, akhirnya menghancurkan Republik itu sendiri. Populariti Caesar dalam kalangan rakyat sangat tinggi. Kematian Caesar mengakibatkan kemarahan rakyat. Rakyat melihat Caesar sebagai pemerintah yang baik dan badan Senat sebagai badan yang korup. Pada masa ini, Rom berada dalam keadaan panik, ramai Senator melarikan diri. Antony yang menyemarakan kemarahan rakyat seterusnya membawa kepada beberapa siri perang saudara.
Octavian, iaitu pewaris Caesar, menstabilkan semula Rom lalu Rom menjadi sebuah empayar. Octavian juga dikenali sebagai Augustus Caesar. Akhirnya, demokrasi yang diperjuangkan oleh The Liberators menghancurkan Republik Rom dan kembalikan Rom kepada pemerintahan monarki yang berkuasa mutlak.
Persoalan mungkin timbul, bagaimana sekiranya The Liberator berada di pihak yang benar, iaitu kalau dibiarkan mungkin Caesar akan melakukan rampasan kuasa dan menjadi maharaja?