Latar Belakang
Ajaran Nabi Isa a.s atau Jesus bermula di Palestin dan disampaikan kepada kelompok Yahudi. Pada masa ini, pelbagai kepercayaan telah lama bertapak, mahupun dalam kelompok Yahudi ataupun mana-mana kelompok di bahawa Empayar Rom. Dalam tempoh masa tertentu setelah Nabi Isa a.s diangkat ke langit, ajarannya dipesongkan sehingga memunculkan doktrin dan aliran tertentu.
Sebelum Empayar Rom meluas hingga ke Timur, golongan elit seperti raja dan Senator mengamalkan sikap toleransi terhadap pelbagai kepercayaan. Perkara ini tidak menghairankan kerana pelbagai kepercayaan diamalkan oleh subjek empayar mempunyai bentuk kepercayaan yang sama iaitu Paganism. Ketika Rom meluaskan empayar ke Timur sehingga ke Palestin, berlaku pertembungan antara Kristian dan Pagan. Pada awalnya, maharaja melihat Kristian sama seperti kepercayaan-kepercayaan lain.
Empayar Rom |
Setelah berlaku peristiwa diaspora, iaitu pembuangan bangsa Yahudi daripada Tanah Palestin, Kristian semakin tersebar luas di sekitar Empayar Rom. Kristian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana kepercayaannya yang lebih menjanjikan daripada Pagan.
Kristian mula menarik ramai pengikut ketika kurun ke-4 masihi. Ketika berlakunya pergolakan politik yang melampau dan masalah ekonomi, masyarakat mula menganggap kehidupan di dunia ini sebagai sebuah ilusi dan mereka memberikan harapan kepada dunia yang melangkaui dunia yang mereka diami. Tubuh manusia dan dunia material dianggap sebagai bentuk kejahatan atau asasnya tidak nyata (Judith J. Coffin, Robert C. Stacey, Robert E. Lerner, Standish Meacham, 2002).
Penaklukan tentera Rom berjaya menghubungkan mereka dengan pelbagai jenis agama. Latihan membentuk ketenteraan di tempat yang ditakluk untuk berkhidmat di bawah pusat yang terletak jauh di pelusuk empayar, dan kesediaan populasi tersebut untuk adaptasi budaya baru, telah membantu penyebaran pelbagai fahaman agama ke seluruh dunia yang diketahui. Di bawah Caesar, terdapat kelompok Barbar yang menyebah demi-god mereka; ahli falsafah yang sedang mencari Tuhan yang Esa; Yahudi yang menunggu Messiah; ahli Mistik Timur, terutamanya yang menganut dua kepercayaan utama; Kristian dari Judea dan ahli Mithraist yang berada di luar Jordan. Akhir sekali, penyembah matahari dari Parsi, telah membentuk kultis seperti Dr. Brigg memanggilnya, "Kepercayaan paling tulen dan paling ditinggikan daripada agama-agama bukan berlandaskan al-Kitab." (A.E. Wilson, 1914).
Tentangan Kristian Terhadap Pagan dan Konsep Kedewaan Maharaja
Maharaja-maharaja Rom dianggap sebagai mandat daripada tuhan, dianggap dewa ataupun anak tuhan. Kepercayaan dan konsep ini diperkuatkan ketika zaman pemerintahan Diocletian (244 - 311). Mengiktiraf kepercayaan ini tidak menjadi masalah kepada masyarakat Pagan walaupun kepercayaan mereka pelbagai, tetapi sebaliknya pada komuniti Kristian. Penyembah Jupiter tidak mempunyai masalah dengan penyebah Isis, dan penyembah Mithra tiada masalah dengan penyembah Cybele. Tetapi Kristian mencemuh tuhan-tuhan ini semua termasuk konsep kedewaan maharaja.
Pada kurun ke-2 hingga ke-3 masihi, kestabilan empayar goyah dan kedewaan maharaja tercabar. Mahajara Rom melihat Kristian sebagai ancaman ketenteraman awam kerana keengganan Kristian mengiktiraf kedewaan mahajara-mahajara dan kewujudan para tuhan Rom. Decius (201 - 251) telah memulakan penindasan besar-berasaran ke atas Kristian, tetapi tempoh itu tidak panjang kerana pemerintahan beliau yang pendek. Dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan empayar dan menekankan kedewaan maharaja, Diocletian juga melakukan penindasan. Beliau memerintahkan setiap orang melakukan korban kepada berhala dan wakil maharaja, dan sesiapa yang tidak menurut arahan akan dianggap sebagai penjenayah (John M. Riddle, 2008).
Maharaja Diocletian |
Penindasan yang melanda Kristian berlanjutan, walaupun tidak kerap, hingga 250 tahun bermula pada zaman Maharaja Nero (37 - 68), Seramai 9 orang maharaja yang melakukan penindasan ke atas Krisitan. Paling hebat ketika zaman Decius dan Diocletian.
Polisi tetrarchy yang diterapkan oleh Diocletian, Empayar Rom diwarisi oleh empat orang maharaja. Salah daripadanya adalah Constantius I (250 - 306) yang telah meninggalkan kepercayaan Pagan dan menganut Deism yang diamalkan oleh ahli-ahli falsafah. Komuniti Kristian yang tinggal di kawasan pemerintahan beliau berada dalam keadaan selamat daripada penindasan. Tambahan lagi, Constantius I memihak kepada Kristian.
Setelah kematian Constantius I, wilayah kekuasaannya jatuh ke tangan anaknya, Constantine I (272 - 337) dan ini telah menimbulkan perang sivil antara maharaja. Pertelingkahan ini bukanlah hanya kerana faktor kenaikan takhta Constantine I semata-mata, tetapi pencabulan polisi tetrachy yang dikenakan ke atas maharaja-maharaja lain juga. Kejayaan Constantine I dalam perang sivil tersebut akhirnya menjadikannya maharaja tunggal Empayar Rom.
Perintah Toleransi Kepelbagaian Agama
Terdapat peristiwa penting yang berlaku sebelum Constantine I mencapai kemenangan yang mengubah kedudukan Kristian. Beliau dan Licinius (250 - 325) telah mengeluarkan Edictum Mediolanense atau Perintah Milan yang mewartakan bahawa setiap orang di bawah Empayar Rom diberikan kebebasan beragama tanpa menindas kepercayaan orang lain. Perintah ini juga dinamakan sebagai 'Perintah Toleransi' kerana sikap toleransi dengan kepelbagaian agama. Dalam perintah tersebut, terdapat teks yang menulis 'Kristian' sebagai agama yang berasingan dengan agama-agama lain. Dengan sebutan, "Kristian dan mana-mana kepercayaan", menunjukkan perintah ini utnuk memberikana layanan yang baik kepada Kristian. Tambahan lagi, Kristian merupakan kepercayaan baru yang berpengaruh pada masa itu dan ia berbeza dengan Pagan.
Maharaja Constantine I |
Masih tidak jelas apakah pendirian sebenar Constantine I terhadap kepercayaan tradisi masyarakat Rom. Apa yang pasti, Pagan masih bebas melakukan upacaya mereka, pada masa yang sama Constantine I cuba mendorong Pagan ditinggalkan. Sejak itu, Kristian menjadi tulang belakang perpaduan dan penyatuan empayar walaupun Kristian juga mengalami perpecahan doktrin. Perpecahan ini begitu kronik dan kritikal sehingga mencetuskan rusuhan dan pembunuhan.
Selepas Kristian mendapat mengiktirafan rasmi, kedudukan Pagan semakin terancam. Tambahan lagi, maharaja adalah seorang Kristian. Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh maharaja-maharaja selepas Constantine I yang menyebabkan pengaruh Pagan semakin menyusut. Walaupun kadangkala, usaha itu tidak mendapat perhatian sangat kerana terdapat golongan elit yang masih menganut Pagan, selain Kristian sendiri mempunyai masalah perpecahan.
Julian dan Theodosius
Julian (331 - 363) digelar sebagai 'murtad' oleh komuniti Kristian kerana cuba menghidupkan kembali suasana Pagan. Beliau merupakan seorang Neo-Platonis dan falsafahnya membuatkan Pagan lebih menjadi tarikan Julian berbanding Kristian. Kalau ikut kebiasaan, Neo-Platonism dan Pagan akan dianuti salah satu daripadanya, tetapi Julian menganut kedua-duanya sekali.
Mata wang Maharaja Julian |
Kesan pemerintahan Julian ke atas Geraja agak berbeza daripada apa yang beliau sangkakan. Pada asalnya, adalah untuk bersikap toleransi ke atas kepelbagaian agama,. Tetapi toleransi ini seperti memberikan tekanan kepada Gereja (J.W.C Wand, 1937). Julian telah mengambil pendekatan dengan fungsikan semula kuil-kuil yang telah ditutup dan dirampas oleh empayar. Tidak membenarkan pendeta Kristian berceramah bebas kepada komuniti Pagan. Para Biskop yang dibuang, dipnaggil semula. Julian cuba meniru kemajuan Kristian dalam menguruskan organisasi dan pendekatan sosial mereka dan aplikasikan dalam komuniti Pagan. Usahanya berakhir seiring dengan hayat beliau.
Maharaja Theodosius I memberikan penangan terakhir kepada Pagan. Beliau menjalankan sistem yang sistematik utnuk membanteras aktiviti-aktiviti Pagan. Pada tahun 381 masihi, upacaya korban diharamkan. Pada tahun 391 masihi, dua buah undang-undang dikuatkuasakan oleh Maharaja Valentinian II (371 - 392), iaitu mengharamkan penggunaan kuil-kuil dan pemujaan berhala. Tahun berikutnya, Theodosius I mengeluarkan undang-undang hukuman yang dikenakan kepada mereka yang melakukan apa-apa upacara yang berkaitan dengan agama Pagan.
Agama Pagan tumbang, tetapi aktiviti mereka masih berterusan di sebalik bayang kemajuan Kristian. Di rumah dan luar kota, aktiviti Pagan dilakukan secara tersembunyi dan selamat. Cunctos Populos atau 'Perintah Thessalonica' dikeluarkan pada tahun 308 masihi telah menjadikan Kristian sebagai agama rasmi empayar. Seterusnya, Kristian banyak mempengaruhi landskap politik dan sosial empayar.
No comments:
Post a Comment