Sunday 15 January 2012

Kesalahan-kesalahan tajwid yang sering dilakukan di dalam Al-Fatihah.

Assalamualaikum, semoga pembaca berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T. ^__^

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kesalahan-kesalahan bacaan dalam Al-Fatihah oleh pembaca Al-Quran. Seringkali saya mendengar bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Imam terdapat kesalahan-kesalahan khusus yang tidak disedari. Terutama sekali Imam dalam kalangan mahasiswa. Dalam kitab Munyatul Musolli ada mengatakan bahawa hukum-hukum tajwid di dalam Al-Fatihah perlu dijaga untuk mendapatkan solat yang sah. Jika Al-Fatihah tidak dijaga dengan baik, maka solat kita tidak sah.


Biasalah, masyarakat kita sekarang, time bulan Ramadhan barulah mahu buka Al-Quran. Habis Ramadhan, habis macam itu sahajalah. Pembacaan Al-Quran ini memerlukan latihan iaitu dengan membacanya hari-hari supaya lidah kita ini mudah untuk menyebut aya-ayat suci tersebut. Sesetengah mahasiswa yang belajar dengan saya sukar mahu menyebut huruf-huruf atau hukum-hukum tertentu. Saya berpendapat jika kurangnya amal dalam pembacaan Al-Quran, maka amatlah sukar untuk menyebutnya.

Allah juga telah berfirman mengenai hal ini :

"Dan bacalah Al-Quran itu dengan tertil." 
[Al-Muzzamil (73 : 4)]






Ayat pertama

Sudah saya bicarakan dalam entri sebelum ini bahawa berlaku khilaf dalam kalangan Ulama' Tajwid dan Ulama' Feqah berkenaan ayat pertama dalam surah Al-Fatihah ini. Tetapi mengikut Mazhab Syafi'ie, ayat yang pertama ialah Bismillahirrahmanirrahim menjadi kewajipan dalam solat.

Baiklah, dalam ayat yang pertama ini kesalahan pertama yang dilakukan ialah pada huruf 'Ba' yang berbaris Kasrah (bawah). Disebabkan kita ini lidah melayu, jadi kebanyakan akan menyebut 'Bes' bukan 'Bis'. Bunyi yang sebetulnya adalah 'Bis'.

Kesalahan yang kedua ialah pada kalimah 'Bismi'. Kebanyakan akan ter'Qalqalah' pada kalimah tersebut sehingga bunyinya jadi seperti 'Bisemi'. Sebutan yang yang sebetulnya adalah 'Bismi'. 


 
Kesalahan yang seterusnya adalah pada kalimah Lam Jalalah iaitu Allah. Huruf 'Ha'' pada kalimah Allah itu perlu disebut dengan betul. Jangan samakan huruf 'Ha' itu dengan 'Ha' yang satu lagi iaitu 'Ha' yang tajam itu. Pastikan ia berbunyi 'Hi' bukannya 'Hey'. Kebanyakan kita tidak aware dalam hukum bacaan di sini.



Bezakan sebutan dua huruf di atas!


Kesalahan yang seterusnya ialah pada kalimah 'Ar-Rahman'. Pastikan huruf 'Ro' pada kalimah itu diberikan hak tasydid (sabdu)Jangan sebut macam mahu tidak mahu sahaja. Pastikan ia ber taqrir iaitu lidah bergetar pada kalimah 'Ro' itu. Tetapi janganlah terlalu ber taqrir sehingga jadi 'Arrrr-rahman'. Suka saya kongsikan di sini bahawa huruf ber tasydid itu pada asalnya mempunyai 2 huruf. Bagi huruf 'Ro' dalam kalimah 'Ar-Rahman' ini pada asalanya 'Ro' yang berbaris sukun (mati) dan 'Ro' yang berbaris fathah (atas). Jika anda lihat 'Alif' kecil pada kalimah itu yang berhukum 2 harakat panjang pada asalanya adalah huruf 'Alif' yang disambung pada huruf 'Mim'. Saidina Uthman R.A meringkaskan penulisan Al-Quran dengan meletakkan huruf 'Alif' kecil tersebut menggantikan huruf 'Alif' yang disambung dengan 'Mim'.


Kesalahan yang seterusnya adalah pada kalimah 'Ar-Rahim'. Seperti dalam sebutan dalam kalimah 'Ar-Rahman' tadi, pastikan huruf 'Ro' itu diberikan hak tasydid dan ber taqrir. Sebutan 'Ha' itu juga perlu dijaga seperti yang saya sebutkan tadi dalam kalimah 'Allah'. Dan pastikan juga ia berbunyi 'Him' bukannya 'Hem'.


Ayat kedua

Kesalahan pertama dalam ayat kedua ini ialah pada kalimah 'Ali Lam' itu. Kebanyakan kita akan ter Qalqalah pada sehingga berbunyi 'Al-Le-Hamdu'. Bunyi yang sebetulnya adalah 'Alhamdu'. Seperti kalimah 'Allah' yang saya terangkan di atas, pastikan huruf 'Ha' pada kalimah 'Alhamdu' ini disebut dengan betul. Bezakan di antara dua 'Ha' tersebut. Sebutan 'Dal' yang berbaris Dhommah (hadapan) itu juga perlu dijaga. Pastikan ia berbunyi 'Du' bukannya 'Do'.

Ok, pada kalimah 'Allah' ini juga telah saya terangkan dalam ayat pertama di atas tadi. Pasti 'Ha' itu dijaga sebutannya dan dibezakan dengan 'Ha' yang satu lagi.

Pada kalimah ini perlu dijaga huruf 'Ba' tersebut. Pastikan 'Ba' diberikan hak tasydid. Pastikan ia berbunyi 'Robbi' bukannya 'Robi'. Jika kita sebut 'Robi' maknanya kita telah gugurkan satu huruf yang pada asalnya huruf ber tasydid ini mempunyai dua huruf. Dan solat kita akan menjadi tidak sah.

Pada kalimah ini kesalahan yang sering dilakukan ialah pada kalimah 'Alif Lam'. Kesalahannya ialah kita ter Qalqalaha pada kalimah itu sehingga berbunyi 'Al-Le'. Sepatutnya ia berbunyi 'Al'. Kesalahan yang lain ialah pada huruf 'Ain' tersebut kebanyakan kita akan tertukar dengan huruf 'Alif'' sehingga 'Alif' dibunyikan di situ. Pastikan 'Ain' yang disebut bukannya 'Alif'. Pastikan juga kalimah 'Min' pada akhir ayat itu disebut dengan betul iaitu 'Min' bukannya 'Men'.

Ayat ketiga

Dalam kalimah ini kesalahan yang dilakukan ialah pada huruf 'Kaf' yang bebaris kasrah. Pastikan ia berbunyi 'Ki' bukannya 'Ke'.


Pada kalimah ini kesalah yang dilakukan ialah pada huruf 'Ya' yang berbaris fathah bertemu dengan huruf 'Wau' yang berbaris sukun. Sebutan yang sebetulnya adalah 'Yauu' bukannya 'You'. Dan pastikan juga huruf 'Mim' yang berbaris kasrah itu disebut 'Mi' bukannya 'Me'.


Pada kalimah ini perlu dijaga tasydid pada huruf 'Dal' itu. Pastikan ia ditekan dengan berbunyi 'Addin' bukannya 'Adin' ataupun 'Aden' ataupun 'Adden'.

Ayat keempat

Pada kalimah ini pastikan ia huruf 'Alif' yang berbaris kasrah itu disebut 'Iy' bukannya 'Ey'. Perlu diberikan hak tasydid pada huruf 'Ya' itu dengan berbunyi 'Iyya' bukannya 'Iya' ataupun 'Eyya'. Huruf 'Kaf' yang berbaris fathah itu juga perlu dibunyikan 'Ka' bukannya 'Ko'


Pada kalimah ini perlu di dijaga huruf 'Ain' yang berbaris sukun itu. Pastikan di sukun dengan 'Ain' bukannya 'Hamzah'. Huruf 'Dal' yang berbaris Dhommah perlu disebut 'Du' bukannya 'Do'. Huruf 'Ya' itu perlu diberikan hak tasydid. 


Pada kalimah ini perlu dijaga huruf 'Ain' juga. Jangan tertukar dengan 'Hamzah'. 


Ayat keenam

Seperti yang saya sebutkan tadi pada kalimah 'Allah' dalam ayat pertama di atas, bezakan huruf 'Ha'. Dan pastikan juga ia disebut 'Ih' bukannya 'Eh'. Huruf 'Alif' sebelum 'Ha' itu dipanggil 'Alif' yang ber'Hamzah' wasal. Apabila menemui huruf ini lihat pada huruf ketiganya. Jika kita lihat pada kalimah di atas, huruf 'Dal' bebaris kasrah, maka huruf 'Alif' itu akan berbaris kasrah. Jika huruf ketiganya berbaris fathah maka 'Alif' itu akan berbaris kasrah. Jika huruf ketiganya berbaris Dhommah maka huruf 'Alif' itu akan berbaris Dhommah. Kecuali kalimah 'Ali Lam' yang tidak kira berbaris apa sekalipun huruf ketiga, ia akan berbaris fathah.

Huruf 'Sod' pada kalimah perlu dijaga disebut dengan makhraj yang betul. Jangan samakan 'Sod' dengan 'Sin'. Pastikan juga huruf 'To' pada kalimah ini disebut 'To' bukannya 'Ta'.

Sin
Sod
Bezakan dua huruf di atas!


Pada kalimah ini pastikan kalimah 'Mim' yang berbaris Dhommah bertemu dengan huruf 'Sin' yang berbaris sukun disebut 'Mus' bukannya 'Mos'. Pastikan juga huruf 'Qof' itu jangan disamakan makhraj dengan huruf 'Kaf'. Huruf 'Qof' itu juga jangan disebut terlalu tebal kerana dikhuatiri sebutannya lari, tidak pula terlalu nipis sehingga menyerupai sebutan 'Kaf'. Pastikan juga ia berbunyi 'Qim' bukannya 'Qem' ataupun 'Kim'.


Ayat ketujuh.

Pada kalimah ini perlu berhati pada huruf 'Sod'. Jangan tertukar dengan huruf 'Sin'. Pastikan juga huruf 'To' disebut 'To' bukannya 'Ta'. Huruf 'Ro' itu juga pastikan disebut 'Ro' bukannya 'Ra'.


Pada kalimah ini, huruf 'Lam' perlu diberikan hak tasydid. Pastikan juga huruf 'Dzal' itu disebut 'Dzi' bukannya 'Zi'. Bezakan huruf 'Dzal' dengan 'Zay'. Sebutan 'Dzal' berlaku apabila kedudukan lidah berada di antara gigi atas dan bawah.

Zay
Dzal

Bezakan dua huruf di atas!


Pada kalimah ini pastikan sebutan huruf 'Alif' itu jangan ditukar dengan 'Ain'. Dan pastikan juga jangan Qalqalah pada huruf 'Alif' bertemu dengan 'Nun' sehingga berbunyi 'Ane'. Sepatutnya ia berbunyi 'An'. Kesalahan di sini adalah yang terbanyak orang lakukan.


Seperti yang saya sebutkan di atas, bezakan dua huruf 'Ha' itu. Apabila huruf 'Ha' yang berbaris kasrah bertemu dengan huruf 'Mim' yang berbaris sukun pastikan ia berbunyi 'Him' bukannya 'Hem'. Berhati-hati juga apabila huruf 'Mim' yang bebaris fathah bertemu dengan huruf 'Ghain' yang berbaris sukun jangan di qalqalah sehingga berbunyi 'Maghe'. Sepatutnya ia berbunyi 'Magh' bukannya 'Maghe.


Pada kalimah perlu dijaga tasydid pada huruf 'Dhod' dan makhraj pada huruf 'Dhod' itu juga perlu dijaga. Imam tajwid berkata bahawa sebutan huruf 'Dhod' ini yang paling payah mahu dijaga makhrajnya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku adalah orang yang paling fasih menyebut huruf 'Dhod'" Berdasarkan hadith ini bukanlah kita mahu disebut huruf 'Dhod' itu serupa dengan Rasulullah S.A.W. Sebutan Rasulullah S.A.W itu adalah yang paling sempurna. Sebutan huruf 'Dhod' ini ada tahap paling minimumnya yang tidak lari dari makhraj.

Perlu dijaga harakat sebanyak enam harakat. Huruf 'Lam' yang ber tasydid itu perlu diberikan haknya. Pastikan ia disebut 'Dhoooooollin' bukannya 'Dhoooooolin'.


Kesalahan-kesalahan lain.

Waqaf (berhenti) dan Ibtida' (memulakan ayat)

Kesalahan-kesalahan yang lain yang sering dilakukan oleh pembaca Al-Quran ialah tidak menjaga waqaf dan ibtida'. Pastikan ia dijaga dengan baik supaya tidak merosakkan makna dan lafaz. Waqaf pada tempat yang betul, ibtida' pada tempat yang betul. Kita lihat contoh dalam ayat dalam bahasa melayu yang berbunyi "Saya pakai baju ke sekolah". Jika Ibtida' dan waqaf tidak dijaga sebagai contoh "Saya pakai". Waqaf telah betul, ayat "Saya pakai" itu memang umum. Tiada kesalahan makna. Tetapi apabila kita Ibtida' dengan "Baju ke sekolah".
Nampak tidak? Mana ada "Baju ke sekolah". Anda pernah lihat baju pergi ke sekolah? Begitu juga dengan ayat Al-Quran, perlu dijaga waqaf  dan ibtida'.


Saktah.

Suka saya kongsikan di sini bahawa di dalam Al-Fatihah tiada saktah. Saktah cuma ada empat sahaja di dalam Al-Quran. Tanda-tanda saktah adalah sepeti berikut :
Terdapat huruf 'Sin' kecil di atas itu.

Di dalam Al-Fatihah tiada saktah. Jadi setiap Waqaf kita harus mengambil nafas baru untuk ibtida'. 


Ini sahajalah untuk kali ini. Semoga kita semua dapat amalkan dan sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Semoga bermanfaat. Insya-Allah.

Wallahu'alam~Wassalamualaikum~

11 comments:

  1. assalamualaikum

    saya baru menjumpai blog ini. Terima kasih kerana kongsian ilmu.
    Saya ingin tambah sedikit. Selalunya kita tidak perasan sewaktu kita bertakbir, baca basmalah dan fatihah.
    1. Ketika takbir kita sebut Allah hu akbar.. menjadikan terdapat dua huruf HA, sedangkan yang sepatutnya kita kena baca Alla huakbar.

    2. Baca basmalah pula sepatutnya kita baca bismilla hirrahma nirrahim bukan bismillah hirrahma nirrahim perhatikan pada HA menjadi seolah-olah ada sabdu.

    3. Ketika baca al Fatihahpun sama, Alhamdulillah hirabbil 'alamin, perhatikan juga pada HA. Bacaan sepatutnya Alhamdulilla hirabbil 'alamin

    mr.emjay315@gmail.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.....
    perkongsian ilmu yang sangat menarik..minggu lepas di kampus saya telah mengadakan bengkel al fatihah..baru saya tahu kepentingannya..hmm..kalau bacaan tak betul solat tak sah..kena perbaiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Benar. Sama-samalah kita menjaga bacaan. Insya-Allah. :D

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    minta izin untuk copy sbg bhan pgajaran ye..
    Jazakallahu Khairan Kathira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh, silakan. Semoga dipermudahkan. Insya-Allah.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum tuan,

    di surau ppr tempat sy ada seorang imam
    tapi al-fatihah ada skit salah yg sgt ketara

    dlm kalimah 'maghdubi' dibaca qalqalah kubra pd huruf ghain..

    mcm mna nk buat aduan eh..
    imam umur 70++, xdak org nk tgur.. sy bdk jee
    minta pandangan tuan..

    Jazakallahu khair..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...nak Tanya ro tu dibaca ra ka ro? Contohnya ar rohman??atau ar rahman??mohon pencerahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. arrohma nirr rohim :) pastika ha pedas bukan ha gulung

      Delete
  6. assalam, bacaan al fatihah yang dibaca dengan saktah tetapi bukan dibaca dengan waqaf, adakah boleh menyebabkan batalnya solat?

    ReplyDelete
  7. Bismilla hirrahmaa nirrahim atau bismilla hirrahman nirrahim...sebab kita dr kecik baca bismilla hirrahman nirrahim...salah ka

    ReplyDelete