Tuesday 3 September 2013

Mimpi#1 : Keluarga Angkat

Semenjak dua menjak ini saya sering mendapat mimpi yang saya boleh jadikan sebuah cerita yang menarik. Saya rasa mimpi itu terlalu precious untuk dilupakan. Saya pasti bukan semua orang dapat mengingati balik mimpi mereka. Saya pun, bukannya semua mimpi saya ingat. Kadangkala saya ingat pada awalnya, selepas itu saya lupa.

Justeru, apa sahaja mimpi yang saya rasa menarik. Saya akan tulis di sini.

Keluarga angkat

Pada suatu hari ketika saya kecil dahulu (tidak ingat umur berapa), terdapat seorang bapa yang meninggalkan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki kepada keluarga kami. Pada masa itu mak sedang bekerja, ayah pula sedang sakit.

Justeru, pada saat itu, adik lelaki saya datang berjumpa bapa tersebut dan menolak untuk menerima dua beradik itu. Saya marah kepada adik saya, "Kau jangan pandai-pandai buat keputusan. Kau tahu tak, aku ketua keluarga selepas ayah. Ayah sakit, jadi aku buat keputusan!"

Saya menerima dua beradik tersebut dan bapa mereka meninggalkan mereka atas sebab yang tidak diketahui. Saya bincang dengan ayah pasal ini dan ayah menerima kehadiran mereka dalam keluarga kami.

Tahun demi tahun berlalu, saya bersekolah di tempat yang sama dengan adik perempuan angkat saya. Saya kira saya lebih rapat dengan dia, berbanding dengan adik-beradik lain. Dia seorang introvert, rajin membaca, cantik, berkaca mata dan orang lain senang bersama-sama dengan dia.

Sumber dari Google Image. Credit to the artist


Disebabkan wajah kami tidak serupa dan mempunyai nama ayah yang berbeza, seringkali orang melihat kami sebagai pasangan kekasih. Kami tidak pernah dedahkan bagaimana hubungan kami yang sebenarnya. Kami selalu balik dan pergi sekolah bersama.

Pada suatu hari itu, dia menangis ketika balik dari sekolah. Saya tanya dia mengapa, dia tidak beritahu lalu melarikan diri entah ke mana. Dia tidak balik ke rumah. Jadi, saya keluar mencari dia ke merata tempat yang biasa dia pergi. Akhirnya, saya jumpa dia di sebuah bangunan yang terbiar. Dia terus menangis. Saya tanya keadaan dia, dia tetap tidak mahu beritahu.

Kesudahannya, saya tidak pernah tahu apa sebab dia menangis.

Saya harap saya ada sambungannya. Haha

No comments:

Post a Comment