Wednesday 4 September 2013

Mimpi#2 : Gadis Berpayung Merah

Saya tidak ingat bagaimana saya boleh berkenalan dengan gadis ini. Kelihatannya hubungan kami sangat rapat. Ironinya, saya tidak pernah tahu namanya.

Pada suatu hari kami baru pulang dari sebuah seminar akademik dengan menaiki sebuah bas. Dia berpersonaliti dingin terhadap saya, dalam masa yang sama dia percayakan saya (tsundere?)

Kami duduk bersebelahan. Kami tidak bercakap sepanjang perjalanan. Cuma ada suara-suara daripada rakan-rakan yang suka mengusik kami yang mengatakan kami pasangan kekasih dan sebagainya.

Bas pun berhenti di kawasan perumahan yang diduduki oleh gadis tersebut. Dia terus bangun. "Bye", itulah ucapan pertamanya kepada saya sepanjang perjalanan.

Ketika hampir-hampir dia mahu turun dari bas, saya sempat berseloroh, "Weh, payung kau tertinggal.."

Dia pantas menoleh ke arah saya lalu berkata dengan nada mengeluh, "Kau peganglah dulu.."

Bas pun berlalu pergi. Payungnya di bawah jagaan saya dan saya tidak ada nombor, alamat rumah ataupun kawan yang dapat menghubungkan saya dengan dia. Nama dia pun saya tidak tahu! Pada mas itu saya terdetik untuk bertanyakan salah seorang rakan dalam bas tersebut, tetapi tidak kesampaian. Saya takut mereka mengusik hungan kami.

Sumber dari Google Image. Credit to the artist.


Beberapa tahun/bulan (tak ingat) berlalu. Saya masih tidak pulangkan payung itu. Pada suatu hari, ketika saya mahu menunaikan solat di masjid, saya terserempak dengan gadis itu. Saya masih ingat dan tidak lupa wajahnya.

Selepas solat, saya menunggu dia di luar masjid. Dari jauh, saya perasaan dia sedang duduk membaca Al-Quran seorang diri.

Akhirnya, saya tidak dapat bersua muka dengan dia kembali. Nama pun saya tidak tahu. Misteri.

Mimpi pun tamat.

No comments:

Post a Comment