Thursday 5 September 2013

Mimpi#3 : Budak Bernama Mei Mei

Saya tidak pasti sama ada saya ada hubungan dengan budak ini semasa kecil dahulu. Pada suatu hari selepas balik dari sekolah, saya terserempak dengan seorang budak perempuan Cina dalam lingkungan umur 5-6 tahun.

Saya hairan mengapa tiada orang mempedulikan budak itu yang sedang kenangisan di tengah-tengah kesesakan masyarakat. Saya mendukung budak itu dan tiba-tiba memori saya terganggu seolah-olah saya mempunyai link dengan dia.

Saya bertanya, "Nama adik apa? Mengapa adik boleh ada di sini?"

"Mei Mei. Tak tahu..". Dia sambung balik menangis dengan teresak-esak. Saya cuba menenangkan dia dan membawa dia pulang ke rumah. Ketika itu family saya tiada di rumah. Tinggal saya seorang.

Setelah memberikan keperluan seperti makanan dan sebagainya. Saya berasa penat dan terus tertidur. Apabila tersedar, saya masih berada di sekolah. Rupa-rupanya saya tertidur dan kejadian tadi hanya sekadar mimpi.

Sumber dari Google Image. Kredit to the photographer.


Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba saya bertanyakan soalan ini kepada sahabat lama saya, "Eh, kita ada kenal tak dengan budak yang bernama Mei Mei?"

Sahabat saya rasa shock sikit dengan soalan itu. "Aku ingat kau dah lupa. Kau masih ingat?"

"Tunggu sekejap? Jadi, tadi itu semua bukan mimpi? Eh, aku tak faham..."

"Balik nanti aku tunjuk kepada kau something."

Saya ikut sahabat saya pulang ke rumahnya. Setelah sampai ke rumah, dia menunjukkan kepada saya sekeping gambar budak cina perempuan yang sedang nyenyak tidur sambil ibu jarinya dimasukkan ke dalam mulut. Comel.

"Eh, ini Mei Mei! Sama macam dalam mimpi aku. Kita kenal dia ke? Eh, siapa dia ini sebenarnya?!"

Akhirnya mimpi saya pun tamat. Mimpinya agak samar-sama. Tetapi inilah yang saya ingat. Saya tidak tahu siapa Mei Mei ini.


No comments:

Post a Comment