Thursday 24 October 2013

Karya Yang Mencetuskan Revolusi

Assalamualaikum

Saya sedang mengkaji sejarah Perang Saudara Amerika yang tercetus pada pertengahan abad ke-19, zaman pemerintahan Presiden Lincoln.

Kajian saya masih jauh dan panjang untuk menghasilkan sebuah buku. Pada masa ini, saya baru sahaja mengkaji peristiwa-peristiwa yang menjadi punca tercetusnya perang besar tersebut.

Di sini saya tertarik dengan salah satu daripada peristiwa tersebut iaitu peristiwa sebuah karya berbentuk novel yang telah memberikan tekanan terhadap atmosfera dan politik Amerika pada ketika itu.

Young America

Setelah Franklin Pierce dilantik menjadi presiden pada pilihanraya tahun 1852, beliau komited dan bersungguh-sungguh memastikan isu perhambaan keluar dan tidak dibacarakan di dalam politik. Pada masa yang sama Pierce cuba menanam semangat kebangsaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Amerika sehinggakan tiada kebangkitan dalam kalangan 'abolitionist' iaitu Penghapus Perhambaan. Isu perhambaan menjadi semakin lesu dan layu. Slogan ini dipanggil 'Young America'. 

Namun, ada sebahagian abolitionist tidak akan membiarkan perjuangan mereka berhenti begitu sahaja. Ada dalam kalangan mereka memulakan langkah dengan menentang Undang-undang Buruan Hamba yang telah diluluskan pada tahun 1850.



Undang-undang di mana, setiap hamba yang melarikan diri daripada tuannya, akan ditangkap dan dipulangkan semula. Hal ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Utara Amerika yang majoritinya menentang institusi perhambaan.

Disebabkan negeri-negeri Utara Amerika diklasifikasikan sebagai negeri-negeri Bebas (perhambaan diharamkan), maka ramai hamba yang lari ke utara untuk mendapatkan kebebasan. Disebabkan undang-undang tersebut, maka masyarakat utara sendiri terpaksa menangkap hamba-hamba ini dan berurusan dengan pihak berkuasa. Seolah-olah mereka 'menyokong' perhambaan yang mereka tentang.

Uncle Tom's Cabin

Undang-undang tersebut ditentang dengan pelbagai tindakan yang diambil oleh abolitionist. Isteri kepada professor di Kolej New England, Harriet Beecher Stowe mengambil pendekatan melalui penulisan. Beliau telah menulis sebuah novel bertajuk 'Uncle Tom's Cabin' yang menjadi salah satu asas dan tunjang yang membawa Perang Saudara.



Karya tersebut telah terbit pada 15 Jun 1851 dan telah terjual lebih 300,000 unit di seluruh Amerika Syarikat dan juga telah diedarkan ke England, Scotland, Perancis dan Jerman. Pada Ogos 1852, novel tersebut telah diadaptasi menjadi teater yang berlangsung di Amerika dan England. Ia telah menjadi BESTSELLER sehingga ke peringkat antarabangsa. Dalam masa beberapa tahun lebih 1.5 juta unit terjual di Britain.

Stowe mendakwa bukunya ditulis mengambarkan tentang kekejaman perhambaan. Karyannya telah mebangkitkan pejuang yang menentang perhambaan yang kian lesu dek doktrin Young America. Masyarakat Selatan Amerika yang menyokong institusi perhambaan mengemukakan kesalahan Stowe kerana menyerang cara hidup dan masyarakat Selatan.

Tekanan antara masyarakat Utara dan Selatan Amerika mula kembali atas isu perhambaan. Young America pula yang kian lesu.

Sebuah majalah di Amerika mendakwa, "Tiada buku pada penerbitan pertamanya mempunyai kejayaan seperti Uncle Tom's Cabin. Sejarah kesusasteraan tidak dapat mempunyai apa-apa jika dibandingkan dengannya."

Masyarakat Selatan Amerika menganggap karya tersebut sebagai alat untuk memusnahkan institusi perhambaan.

Untuk melawan kembali karya tersebut, lebih kurang tiga puluh buah karya 'Anti-Tom' diterbitkan dalam tempoh dua tahun. Karya terawal yang diterbitkan ialah 'Aunt Phillis's Cabin; Or Southern Life as It Is' oleh Mary Eastman.






No comments:

Post a Comment